Aku ada sorang kawan perempuan ni. Kawan baik. Cukup rapat. Kami sudah 9 tahun jadi sahabat. Itu belum kira perkenalan kami dari sekolah rendah. Jadi, memang cukup lama aku kenal dengan dia ni.
Apa-apa cerita aku hampir semua dia tau. Suka dan duka. Senang dan susah. Cinta dan kehidupan. Beban dan masalah. Dulu, aku tak expect yang dia akan jadi sahabat aku di dunia ni. Dan aku harap dia juga sahabatku di akhirat kelak. Isk3x. Sedih plak!
Kisah hidup kami lebih kurang sama. Selalu kecewa dalam dunia percintaan. Tak, kami bukan bercinta. Cuma pernah terjatuh cinta dan kecewa. Belum sempat pun bercinta sebenarnya. Dia dengan lelaki yang dia suka dan aku dengan lelaki yang aku minat. Aneh kan? Tapi aku tahu apa yang dia rasa dan dia tahu apa yang aku rasa.
Setiap dari kami akan mengalami peristiwa yang membuatkan kami terasa putus asa untuk mengejar cinta duniawi. Dia dengan kisah cinta dia dan aku dengan kisah cintaku sendiri. Alhamdulillah, aku rasa ada hikmah juga kenapa Allah buat kami kecewa awal-awal. Sebab Dia tahu ada yang terbaik buat kami nanti. Cuma tunggu masa yang sesuai untuk dikhabarkan. InsyaAllah.
Cuma, aku tak sanggup tengok dia terluka. Aku tak sanggup tengok dia patah semangat. Aku tak sanggup berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Tapi, aku sendiri tak berdaya.
Apa yang mampu aku lakukan selain berada disisinya saat dia ceria lagi-lagi berduka? Apa yang dapat aku katakan selain "sabar, insyaAllah ada hikmah dariNya"? Apa yang mampu aku buat supaya dapat melihat dia tersenyum seperti biasa?
Tiada. Tiada apa yang aku dapat buat selain mendoakan kesejahteraan dan ketenangan dia. Tiada apa yang aku dapat buat untuk melihat dia bahagia selain turut sama merasai apa di hatinya. Tiada apa selain kata-kata semangat buatnya.
Ada beberapa orang lelaki yang pernah membuat dia jatuh cinta. Yang pernah buat dia terkandas dalam dunia airmata. Yang tidak nampak apa-apa selain dia. Aku hendak cerita, tapi tidak semua.
Ada seorang lelaki yang dia suka masa tingkatan lima. She's very in love with him. They got connected to each other after I help her to find his phone number. Aku tak kisah apa aku buat asalkan kawan aku dapat apa yang dia hajati. And at last, she's finally got that special number. Alhamdulillah.
They're always contact each other even though this one at home and that one staying at hostel. I love to see them in that way. They're cute couple. Although its not a couple actually.
Tapi ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Tau-tau saja lelaki itu sudahpun menjadi kekasih kepada seorang rakan seperjuangan kami. Patutlah selama ni pelajar-pelajar sekolah yang lain selalu bertanya apa hubungan antara mereka? What kind of relationship they have? We just answered, NOTHING SPECIAL. I know she's hurt very much. And I don't like to see that. I feel very down if my bestbuddy getting hurt. And truly I said, I hate that guy! He's a liar. Nevermind, you all are not understand this situation.
The second guy was brought a sadness story in my buddy's eyes. He's a nice man. He's someone's ex-fiance. But he's too old for her. I know that love is age-blind also. Hehehe.
Hubungan mereka bermula dengan agak baik. Masing-masing menyimpan perasaan dalam hati. Tapi akhirnya kisah ini berakhir dengan duka bilamana lelaki tersebut sudah dijodohkan dengan pilihan keluarganya memandangkan dia semakin berumur. Dan di pihak kawanku pula, keluarga juga agak menentang kerana perbezaan usia yang begitu ketara. Well, every parent wants the best for their children right? Even my parent also do that. And I have to listen to them. I believe that my buddy is a good daughter and she realize that they don't meant for each other. Dia lepaskan lelaki itu untuk berkahwin dengan wanita yang menjadi pilihan keluarga.
Sedih? Perempuan mana yang tidak bersedih jika lelaki yang disayangi yang berjanji akan menjaganya sehidup semati menikahi wanita lain? Dia bersedih. Dia tidak mahu langsung mengingati tarikh perkahwinan pasangan itu. Dia kecewa. Dan aku? Aku tidak dapat membahagiakan dia saat dia sedang berduka. Aku pura-pura bawa dia bercerita dan berusaha untuk lari dari topik menyedihkan itu. Aku berusaha untuk tidak melukai hatinya.
Sekarang, dia okey. Baik-baik saja. Tapi aku tahu, andai nama lelaki itu disebut, dia pasti akan jadi tidak keruan. She's feel like something. I know that. Even she's not telling me the truth. I can see through her eyes. I can see the sadness. The unhappy is inside.
The current boy (hakhakhak.. XD ) is someone that trying to fooling around with her. He just want to having fun. He will search and trying to find her if he feels like boring or he has fight with his girlfriend. Stupid guy right? He never know that my buddy is not a doll. She's not a toy. She's a human. She have feelings. But that foolish guy never understand!
I know her life story very well. I know what she like and what she love. As well as what she hate the most. Sesungguhnya aku tak ingin dia bersedih lagi. Ya Allah, temukanlah dia dengan seorang lelaki sejati yang mampu menyayangi dirinya. Menerima dia seadanya. Memberikan dia cinta yang tulus suci. Bukan seperti lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini. Biarkan dia bahagia.
As a friend, apa lagi yang boleh aku buat selain mendoakan kebahagiaan dirinya? Aku tak mampu untuk berbuat apa-apa selain itu. Dan aku, sanggup berkorban demi kebahagiaan dia. Walaupun itu melibatkan kebahagiaan diriku sendiri. Walaupun aku terpaksa melepaskan orang yang aku cintai. Kerana aku tidak sanggup untuk melukakan hati sahabatku sendiri. Aku tidak mahu dia mengalirkan airmata gara-gara kepentingan diriku ini.
Ya Allah, seandainya dia adalah wanita yang sesuai untuk menjaga lelaki itu, aku redha. Akan ku pahatkan dalam hati ini agar sentiasa mengingati bahawa dia adalah tulang rusuk kiri kepada si dia di sana. Aku rela membunuh perasaan ini daripada melihat sahabatku fiddunya wal akhirah mengalirkan airmata tak henti-henti. Aku terima.
Berikan dia kebahagiaan yang hakiki. Bukan hanya di dunia. Tapi di alam yang seterusnya. Kerana dia adalah seorang kawan, teman, sahabat, adik dan juga saudara. Semoga Allah merahmatimu ya ukhti.