Ada apa dengan tajuk entry ni? Apa yang dapat kamu bayangkan, rasakan, fikirkan tentang tajuk tu?
Tiada? Ok. Biar aku terangkan.
Someone said that if we don't approve a relationship from the one who loves us, so we as the girl will be so called 'tak laku'.
Means that, dia kata kalau ada orang lelaki suka kat kita, kita mesti terima walaupun lelaki tu takda rupa, harta and so on so forth la. Sebab takut nanti kita sebagai orang perempuan ni tak laku. Takda orang nak lagi sampai ke tua.
Aku tak setuju. That statement is so childish for me. I can't accept it.
Bukan maksud aku untuk terasa tentang apa yang dia perkatakan. Cuma bagiku, dia terlalu memandang ke arah yang kurang positif. Tidak patut dia cakap macam tu. Gara-gara inginkan perhubungan yang entah membawa kepada kebaikan or keburukan, dia sanggup terima siapa saja untuk dijadikan teman atau lebih tepat lagi, kekasih hati.
Mungkin kalau dia betul-betul percaya dan yakin dengan apa yang dia katakan, jadi aku ni antara perempuan dalam golongan tak laku la kan? Hahaha. Kelakar.
Aku tak kisah apa yang orang mau cakap-cakap di depan or belakang aku. Sebab aku tau diri aku macam mana. Tiada orang lain yang dapat faham. What I look, what I want, what I need. Depends on me and Allah's will.
Allah telah menciptakan makhlukNya itu berpasang-pasangan. Jadi mengapa mesti percaya bahawa perempuan akan jadi tak laku? Atau, dalam konteks mereka yang percaya, mengapa mesti takut untuk memegang status perempuan tak laku?
Sanggupkah kalian yang percaya (Cehh, macam golongan berhaluan kiri ja. Haha) untuk menerima seseorang yang kalian tidak kenal untuk menjadi seseorang yang istimewa di hati? Mana tau mungkin lelaki tu sengaja ingin mempermainkan hati wanita, boleh jadi juga mereka hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kaum yang lemah ini. Tidak semua lelaki itu boleh dipercaya 100% tapi tidak semua lelaki itu jahat. Yang jahat pun boleh jadi baik. Terpulang kepada diri sendiri jugalah. Hehe.
Aku menulis macam ni tidaklah bermaksud aku perempuan yang sempurna. TIDAK SAMA SEKALI. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. No need to fright about the status 'tak laku'. Aku memang bukan wanita solehah and baik-baik. Jauh sama sekali. Masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mendapat keredhaan dariNya untuk menjadi hambaNya yang solehah dan bertaqwa.
Masih ramai wanita/perempuan/gadis di luar sana yang lebih baik dariku, yang lebih taqwanya dariku, yang lebih solehah dirinya berbanding diriku yang serba kekurangan serba-serbi ini. Lebih ramai diluar sana. Aku selagi aku tak solehah, selagi aku tak berubah jadi baik, aku sedaya upaya untuk menolak cinta lelaki. Aku mau meraih cintaNya dulu sebelum aku berusaha mencintai hambaNya yang mencintai Dia sama seperti diriku.
Walaupun aku sebenarnya tak layak untuk seseorang yang bergelar soleh. Langsung tak layak untuk seseorang yang baik dari segi akhlak dan kelakuannya. Sungguh tak layak.
Jadi, mungkin itu juga boleh dijadikan sebab mengapa perempuan tak laku kan? Hahaha. Pening-pening pulak aku yang menaip ayat ni.
Well, what I'm going to say is "Tiada istilah perempuan tak laku". Yang ada hanyalah "lambat sampai jodohnya". Percayalah, Allah tahu apa yang TERBAIK buat hambaNya. Tidak akan dibiarkan hambaNya sendiri. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment