Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012

Ada apa dengan tarikh 29 Februari 2012? Tahun lompat? Yaa. Tahun lompat. Tapi ada yang lebih penting dari itu.

Hari ini, tanggal ini adalah ulangtahun kelahiran ayahku. Dia baru 13 tahun menyambutnya. Dan pada ulangtahun kelahirannya kali ini, aku tiada di rumah. Tiada disisi mereka disana untuk bersama-sama menyambutnya. Tapi tidak mengapa, hadiah untuknya sudah kusediakan sejak awal lagi. Sebuah buku. Dari penulis kegemarannya. Biarlah rahsia. Hehe.

Aku ingin kongsikan bersama status update ku di Facebook hari ini sempena hari kelahirannya yang ke52:


"Dia lelaki yang pertama ku kenal. Dia yang memberiku kasih sayang. Dan kasih sayangnya itu takkan pernah terbalaskan. Benar kata orang, kasihnya sepanjang zaman.

Di saat aku gagal, dia terus memberi harapan. Dia mungkin bukan sesiapa, tapi dirinya memberi inspirasi supaya aku tidak alpa. Dia mungkin bukan hero dunia, tapi bagiku dialah wira. Di mata insan lain mungkin dia tidak sempurna, tapi dimataku dia yang terbaik buat keluarga. Dia yang tak pernah lelah dan mengalah, walau aku dan mereka kerap bikin susah. Takkan ada orang lain yang dapat menggantikan tempatnya. Dia orang pertama yang selalu yakin bahawa kami sentiasa boleh dalam segala hal.

Di hari ulangtahunnya ini aku ingin mengucapkan "Selamat Ulangtahun Kelahiran buat ayah tercinta Bakar Mudra". Kepada Allah ku aturkan doa, semoga Dia memberkati dirimu, dipanjangkan usiamu, dikurniakan untukmu kesihatan yang baik oleh-Nya, serta selalu bahagia walau di mana jiwa dan ragamu berada. Janjiku untuk membawa pulang kejayaan adalah sebagai hadiah harijadimu tahun ini. Ayahanda, dirimu sentiasa di hati ♥
 "


Awal pagi sudah rasa sedih2. Bukan apa, dalam banyak2 tarikh lahir di rumah tu, kami paling tak sabar kalau tibanya tarikh 29 Februari ini. Almaklumlah, bukan selalu ada tarikh tu kan....

Okaylah, sampai disini saja entry untuk bulan Februari. Esok dah 1 Mac. Maknanya tarikh untuk aku berperang sudah semakin mendekat. Doakan kejayaanku kawan. Itu janji yang aku ucap kepada ayahku. Ingin ku lihat dia tersenyum bangga punya anak seperti aku. Meskipun hidup itu tidak indah, tapi yang indah itu akan hidup dalam kenangan yang takkan terlupakan. 

Salam.

No comments: