Wednesday, January 25, 2012

This is the last friends!

Sekarang sudah Januari. Tak lama lagi Februari, lepas tu Mac. Mac??

OH NOOoOoo!! It's examination period! Aku belum sedia lagi ni. I'm not ready for the exam. I'm not ready to separate with my friends here. Huhuhu!!!

Well, sem akhir ni aku nak betul-betul fokus sebenarnya. Tapi, nilah K.E.M.A.L.A.S.A.N. yang beraja dalam hati dan diri ni. Bikin panas tolllll!! Setan setan! Shuuuuuhhh...'A'uzubillahiminassyaitonirrojim!!!

Aku mau lulus semua subjek semester ni. Semua killer paper woooo!!! Aku mau grad on time! Toink! Toink!

Aku mau pakai jubah & pegang skrol diploma aku tu. Walaupun ianya setakat diploma, at least aku berjaya dapatkannya dengan titik peluh aku sendiri. Bukan tiada ambil tingkatan 6, tapi aku yang pemalas tahap gaban sampai gagal dua paper! (Fiqh/Faraid & Nahu/Sarf) Wahahaha. ----> Ketawa Tak Puas Hati

Hmm, aku mau Mak & Bapa datang masa aku konvo nanti. Mesti touching gila suasana time tu kan? Arhh, tak sabarnya. Lepas tu, aku nak bawa the whole family aku round2 satu Kuching ni. Biar puas!! Hahahahaa

Aku nak jumpa balik dengan kawan-kawan sekelas aku. Belum pun berpisah, aku rasa macam nak nangis je sekarang nie!! :'(

They all are the best classmates I've ever had! Wowww, I love you guys! Kita jumpa nanti time konvo eikk...Will be missing you!

Tapi, time konvo tu sebenarnya aku mau seseorang yang istimewa di hati pun datang juga. Tapi apa boleh buat lah, tiada jodoh kan. Mau buat macam mana juga. InsyaAllah, nanti ada juga tu yang sesuai dihantar oleh Tuhan. JanjiNya kan pasti!

Jadi di semester akhir ni, sepatutnya aku belajar. Bukan update blog macam sekarang ni. Sepatutnya aku buat kerja Bel, bukan duduk depan laptop sambil mesej dengan Eqah macam sekarang ni. Hahahaha. Ok, jap lagi aku start.

Bukan senang sebenarnya assignment kali ni. Tu lah aku lebih banyak habiskan masa meng'online'kan diri. Wakakaka. Cakap jak la diri tu malas, alasan lagi assignment susah!

Bagus aku buat kerja tu sekarang, jadi esok dapat tanya ngan Dr Simon yang very-very the kiut itu. Hahak!

Ok my open diary. Adios amigos!


Tulusly,

NudifaBakar

Tuesday, January 24, 2012

Dan hati kecundang lagi

Dan ianya terjadi sekali lagi.

Tuhan, apakah diri ini silap tika menilai? Adakah hati ini silap ketika memberi?

Mengapa kita dipertemukan andai bukan untuk bersama? Ah. Tiada siapa yang tahu apa sebabnya. Cuma Dia. Ya. Hanya Dia yang tahu apa disebalik cerita.

Namun kenapa saat luka di hati hendak sembuh, aku didatangkan lagi sebuah kisah yang hadirnya cuma untuk menambah dalam luka di sana.?

Ku fikir dia yang terakhir. Meski bukan yang pertama. Ku ingatkan dialah yang bakal memimpinku ke syurga. Tapi ternyata tidak. Di mana lagi aku harus cari lelaki sebaik dan sesoleh dia? Aku inginkan seseorang yang mampu membawaku ke jalan yang bahagia. Jalan keredhaanNya.

Dia datang saat hati sedang sunyi. Saat hati sedang dirundung duka. Dia mampu membuatku kembali tersenyum manja. Sesudah senyuman itu dibawa pergi dan ditukar dengan senyuman dendam satu ketika dahulu. Dia mampu kembalikan itu semua.

Saat ku tak berani untuk meminta petunjuk sekali lagi. Seolah-olah bayangannya datang untuk memberiku semangat baru. Lalu ku gagahkan jua diri ini untuk berdoa kepadaNya. Memohon petunjuk besarNya agar dijawab segala persoalan yang belum terungkai jawapannya.

Melalui petunjuk ku dapati jawapan lebih mengarah kepada dia. Namun apa yang berlaku kini, adalah disebalik semuanya.

Ketika hati mula gembira dengan kehadirannya, kebahagiaan itu diragut kembali. Menjadikan hati yang pernah luka ini kembali rapuh.

Tapi bila difikir-fikir. Aku tahu mengapa.

Aku seorang wanita yang kurang baik dalam segalanya. Bukan dari kalangan seorang yang solehah. Bukan dari kalangan yang berpurdah mahupun berniqab. Aku cuma seorang yang bertudung ala kadar. Sekadar menutup aurat. Tidak pandai dalam menjaga hati sendiri. Hati yang kecil itu sentiasa tidak seimbang. Seringkali kecundang dalam mempertahankan iman. Ya, aku baru sedar. Aku tidak layak untuknya.

Sedangkan dia lelaki soleh idaman wanita solehah. Lelaki yang baik dalam perihal kehidupan. Meski tidak punya wajah yang tampan, namun iman yang tebal mampu membuat hati menjadi rawan. Bagiku, tidak memilikinya suatu kerugian.

Namun, apa yang dapat aku lakukan selain melepaskan dia pergi kepada yang lebih berhak. Ku harap hati ini tidak akan keruan bila dia sudah tiada lagi disisi. Bersabarlah wahai hati. Kau tidak layak untuk orang sebaik dia. Tuanmu ini yang tidak pandai menjagamu agar bisa menjadi milik orang yang soleh. Benarlah yang jahat akan sentiasa bersama dengan yang jahat.

Jangan kecil hati wahai hati. Biar dia pergi dengan aman. Biar kita ikhlas menghalalkan. Siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan?

Semoga satu hari nanti kau akan bertemu dengan yang lebih beriman. Amin.

Kepada dia yang ku sayangi setulus hati, pergilah dikau kepada perawan yang berhak. Kau lebih layak mendapat wanita yang solehah sesoleh dirimu. Aku tahu aku bukan siapa-siapa. Punya iman yang tidak kuat. Mudah terjatuh pada sesuatu yang durjana. Doakan saja kehidupan aku akan datang. Semoga dapat yang selayaknya. Aku pasrah dengan ketentuanNya andai ini takdir dari Dia.

Selamat tinggal wahai seseorang yang lama terpendam dihati. Semoga ukhuwah antara kita takkan terputus walau apa pun yang mendatang. Sahabat. Meski berbeza usia. Insya-Allah.

Thursday, January 19, 2012

Dia

Dia tidaklah handsome mana,
Tapi cukup dengan keprihatinannya buat aku jatuh cinta..

Dia bukan juga siapa-siapa,
tapi setelah kenal hati budinya aku tahu dia macam mana..

Dia bukan ada pangkat,
tapi andai kata berjodoh dia suami yang aku nobat..

Dia tidak berharta,
tapi aku tahu dia bukan jenis putus asa..

Dia ada kekurangan,
tapi aku juga manusia biasa..

Dan dia lelaki yang baik dan cukup sifat sedang aku jauh dari yang itu semua..

Aku tidak layak untuk orang semacam dia..

Sesuci mana pun kasih sayangku kepadanya, sedalam apa pun cintaku buat dia.. Andai bukan ditakdirkan untuk bersama, tidak bermakna apa-apa..

Ya Allah, pelihara dia. Walau aku bukan untuknya. Walau aku bukan suri dihatinya. Tolong dijaga dia sebaiknya. Hanya itu yang mampu ku buat. Hanya bisikan doa yang ikhlas dari diri yang hina.

Jika bukan di dunia, insya-Allah kita bersatu di akhirat sana. ^_^

Wednesday, January 18, 2012

Kawan, teman, sahabat, adik dan saudara!

Aku ada sorang kawan perempuan ni. Kawan baik. Cukup rapat. Kami sudah 9 tahun jadi sahabat. Itu belum kira perkenalan kami dari sekolah rendah. Jadi, memang cukup lama aku kenal dengan dia ni.

Apa-apa cerita aku hampir semua dia tau. Suka dan duka. Senang dan susah. Cinta dan kehidupan. Beban dan masalah. Dulu, aku tak expect yang dia akan jadi sahabat aku di dunia ni. Dan aku harap dia juga sahabatku di akhirat kelak. Isk3x. Sedih plak!

Kisah hidup kami lebih kurang sama. Selalu kecewa dalam dunia percintaan. Tak, kami bukan bercinta. Cuma pernah terjatuh cinta dan kecewa. Belum sempat pun bercinta sebenarnya. Dia dengan lelaki yang dia suka dan aku dengan lelaki yang aku minat. Aneh kan? Tapi aku tahu apa yang dia rasa dan dia tahu apa yang aku rasa. 

Setiap dari kami akan mengalami peristiwa yang membuatkan kami terasa putus asa untuk mengejar cinta duniawi. Dia dengan kisah cinta dia dan aku dengan kisah cintaku sendiri. Alhamdulillah, aku rasa ada hikmah juga kenapa Allah buat kami kecewa awal-awal. Sebab Dia tahu ada yang terbaik buat kami nanti. Cuma tunggu masa yang sesuai untuk dikhabarkan. InsyaAllah.

Cuma, aku tak sanggup tengok dia terluka. Aku tak sanggup tengok dia patah semangat. Aku tak sanggup berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Tapi, aku sendiri tak berdaya. 

Apa yang mampu aku lakukan selain berada disisinya saat dia ceria lagi-lagi berduka? Apa yang dapat aku katakan selain "sabar, insyaAllah ada hikmah dariNya"? Apa yang mampu aku buat supaya dapat melihat dia tersenyum seperti biasa?

Tiada. Tiada apa yang aku dapat buat selain mendoakan kesejahteraan dan ketenangan dia. Tiada apa yang aku dapat buat untuk melihat dia bahagia selain turut sama merasai apa di hatinya. Tiada apa selain kata-kata semangat buatnya.

Ada beberapa orang lelaki yang pernah membuat dia jatuh cinta. Yang pernah buat dia terkandas dalam dunia airmata. Yang tidak nampak apa-apa selain dia. Aku hendak cerita, tapi tidak semua.

Ada seorang lelaki yang dia suka masa tingkatan lima. She's very in love with him. They got connected to each other after I help her to find his phone number. Aku tak kisah apa aku buat asalkan kawan aku dapat apa yang dia hajati. And at last, she's finally got that special number. Alhamdulillah.

They're always contact each other even though this one at home and that one staying at hostel. I love to see them in that way. They're cute couple. Although its not a couple actually.

Tapi ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Tau-tau saja lelaki itu sudahpun menjadi kekasih kepada seorang rakan seperjuangan kami. Patutlah selama ni pelajar-pelajar sekolah yang lain selalu bertanya apa hubungan antara mereka? What kind of relationship they have? We just answered, NOTHING SPECIAL. I know she's hurt very much. And I don't like to see that. I feel very down if my bestbuddy getting hurt. And truly I said, I hate that guy! He's a liar. Nevermind, you all are not understand this situation.

The second guy was brought a sadness story in my buddy's eyes. He's a nice man. He's someone's ex-fiance. But he's too old for her. I know that love is age-blind also. Hehehe. 

Hubungan mereka bermula dengan agak baik. Masing-masing menyimpan perasaan dalam hati. Tapi akhirnya kisah ini berakhir dengan duka bilamana lelaki tersebut sudah dijodohkan dengan pilihan keluarganya memandangkan dia semakin berumur. Dan di pihak kawanku pula, keluarga juga agak menentang kerana perbezaan usia yang begitu ketara. Well, every parent wants the best for their children right? Even my parent also do that. And I have to listen to them. I believe that my buddy is a good daughter and she realize that they don't meant for each other. Dia lepaskan lelaki itu untuk berkahwin dengan wanita yang menjadi pilihan keluarga.

Sedih? Perempuan mana yang tidak bersedih jika lelaki yang disayangi yang berjanji akan menjaganya sehidup semati menikahi wanita lain? Dia bersedih. Dia tidak mahu langsung mengingati tarikh perkahwinan pasangan itu. Dia kecewa. Dan aku? Aku tidak dapat membahagiakan dia saat dia sedang berduka. Aku pura-pura bawa dia bercerita dan berusaha untuk lari dari topik menyedihkan itu. Aku berusaha untuk tidak melukai hatinya. 

Sekarang, dia okey. Baik-baik saja. Tapi aku tahu, andai nama lelaki itu disebut, dia pasti akan jadi tidak keruan. She's feel like something. I know that. Even she's not telling me the truth. I can see through her eyes. I can see the sadness. The unhappy is inside.

The current boy (hakhakhak.. XD ) is someone that trying to fooling around with her. He just want to having fun. He will search and trying to find her if he feels like boring or he has fight with his girlfriend. Stupid guy right? He never know that my buddy is not a doll. She's not a toy. She's a human. She have feelings. But that foolish guy never understand! 

I know her life story very well. I know what she like and what she love. As well as what she hate the most. Sesungguhnya aku tak ingin dia bersedih lagi. Ya Allah, temukanlah dia dengan seorang lelaki sejati yang mampu menyayangi dirinya. Menerima dia seadanya. Memberikan dia cinta yang tulus suci. Bukan seperti lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini. Biarkan dia bahagia.

As a friend, apa lagi yang boleh aku buat selain mendoakan kebahagiaan dirinya? Aku tak mampu untuk berbuat apa-apa selain itu. Dan aku, sanggup berkorban demi kebahagiaan dia. Walaupun itu melibatkan kebahagiaan diriku sendiri. Walaupun aku terpaksa melepaskan orang yang aku cintai. Kerana aku tidak sanggup untuk melukakan hati sahabatku sendiri. Aku tidak mahu dia mengalirkan airmata gara-gara kepentingan diriku ini.

Ya Allah, seandainya dia adalah wanita yang sesuai untuk menjaga lelaki itu, aku redha. Akan ku pahatkan dalam hati ini agar sentiasa mengingati bahawa dia adalah tulang rusuk kiri kepada si dia di sana. Aku rela membunuh perasaan ini daripada melihat sahabatku fiddunya wal akhirah mengalirkan airmata tak henti-henti. Aku terima.

Berikan dia kebahagiaan yang hakiki. Bukan hanya di dunia. Tapi di alam yang seterusnya. Kerana dia adalah seorang kawan, teman, sahabat, adik dan juga saudara. Semoga Allah merahmatimu ya ukhti. 



Tuesday, January 10, 2012

Andai dia untukku

"Dibalik telapak tangan ini, sebuah nama terukir indah.  Belum dapat ku baca, kata Allah masih rahsia."

Ya Allah, bila tiba masanya, beritahu aku siapa dia!

Tuhan, tolong ditetapkan hati ini untuk yang berhak.  Biar dia sahaja yang dapat memiliki cintaku kepada insan ini.  Mohon dipelihara hati ini.

Wahai lelaki penggegar hati,
Aku sendiri tidak tahu adakah kau yang bakal kujadikan suami kelak
Adakah engkau yang akan mengimamkan solatku kelak
Adakah engkau ayah kepada bakal anak-anakku kelak
Adakah engkau yang sentiasa membimbingku menuju ke syurga kelak
Aku tidak tahu wahai lelaki...

Andai benar engkaulah jodohku
Terimalah diriku seadanya
Aku tahu aku banyak kekurangannya
Aku tidak mempunyai fizikal yang cantik
Aku tidak punya harta yang banyak
Hanya diriku yang sebenar ini yang aku pertaruhkan
Maaf andai aku tidak sempurna...

Untukmu,
Tidak perlulah wajah sekacak putera
Tidak perlulah harta sebanyak mana
Tidak perlulah taburkan kata-kata semanis madah
Cukuplah dengan iman yang subur disiram taqwa
Cukuplah kau dapat memimpin ku ke syurga
Cukuplah itu sahaja...

Mungkin kau yang ditakdirkan untukku itu sudah ada didepan mata, cuma dikaburkan dengan pandangan ku ke arah yang tidak sepatutnya.  Aku harap kau bersabar dalam menantiku untuk berpaling kepadamu.  Kerana seberat apapun dugaan kita terima, andai jodoh itu ada, jangan risau, tetap takkan ke mana.

Satu yang ku pinta.  Jangan lamarku di laman muka buku. Jangan lamarku di laman twitter. Atau mana-mana laman maya.  Pinanglah aku di rumahku.  Di teratak usangku.  Di istanaku.  Jumpailah kedua orang tuaku.  Minta izin daripada mereka.  Kerana tanpa restu orang tua, aku tidak mahu untuk menjalinkan hubungan kita.

Maaf wahai Adam andai aku tidak mahu kita bergelar sebagai sepasang kekasih selagi belum menikah.  Aku tidak mahu berbuat dosa.  Aku tidak mahu membuat kedua orang tuaku malu. Aku malu dengan Allah!

Oleh itu, andai kau yakin dengan perasaan dan nalurimu adalah menjurus ke arahku, silalah datang ke pondok burukku.  Aku yakin andai niatmu baik ingin memperisterikanku, segalanya pasti dipermudahkan oleh Allah.  InsyaAllah~

(^_^)