Wednesday, November 16, 2011

UiTM Di Hatiku !!

Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera kepada semua.....
Cewahhh, macam mau bagi ucapan ja ni..HAHAH

Ermm, okay lah hari ni aku nak cerita sikit pasal universiti kesayangan aku ni..

Haaaaa, inilah dia logo UiTM atau nama penuhnya boleh baca kat atas tu....Hik3x

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun aku kat universiti ni.  Aku pelajar diploma ja, belum degree lagi.  Aku pelajar UiTM cawangan Sarawak.  Bermakna dah 2 tahun juga la aku tinggal kat bumi kenyalang ni.  Best? Boleh tahan, kalau kita pandai enjoy tinggal kat negeri orang. Hehehe


Inilah masjid kami! Namanya Masjid Al-Qarawiyyin. Cantik masjid ni. Tapi agak jauh dari kolej aku. Huhu. & aku ngaku dalam setahun cuma 3 kali ja aku masuk masjid ni.  Betapa kurangnya aku mengambil pahala ke masjid. :(

Well, masjid ni terletak di pintu masuk UiTM Sarawak.  Kalau masuk ja dari gate utama tu, aaaaa sebelah kiri tu dia lah tu...Hehehe.  Kat belakang masjid ni pulak ada FSSR.  Paham2kan ja la maksud dia tu ya. Hihihi.  Lepas tu, sebelah masjid ni juga, ada kemudahan UiTM yang lainnya termasuklah padang, gelanggang badminton, tenis dan macam2 lagi. (Sebenarnya aku tak explore lagi tempat tu. Kahkahkah! Dah 2 tahun tu!)


Inilah dia kolej kediaman kesayangan ku. Tapi gambar ni cuma tayangkan 2 buah blok ja, yang sebelah kiri tu blok 3 dan yang sebelah kanan menghadap bukit tu blok 4 (blok paling jauh di dunia).  Blok aku??? Takde dalam gambar! Hahaha.  Tapi aku pernah tinggal kat dua2 blok tu masa aku Part 1 & 2.


Gambar ini cuma menunjukkan bangunan-bangunan. Hehe.  yang ada dua tingkap ni blok K, dalam blok tu semuanya berkenaan komputer (Lab lerrrr....apa lagi..)  tapi ada dua auditorium juga.  Besaaarrr dan tinggi.....

Yang panjang tu blok B. Blok pensyarah dan kelas.  Aku rela duk kat kelas level bawah sebab aircond. Hehe. Yang selebihnya tu memang berpeluh satu badan laa. Nun di sana yang bulat-bulat tu Pusat Pelajar.  Youth Floor kami panggil.  Best kat sana, ada kolam, library, mocha, kedai SENANG MAJU. Hahaha.  Ada klinik, ATM. Macam-macam ada!!


Inilah dia bumbung Youth Floor!!! Hahaha.  Aku suka tempat ni kalau time hujan. Macam yang dalam gambar tulah yang akan jadi.  Kat bawah dia tu ada kolam.  Yang ada lampu-lampu tu, library kami.  Library yang membulat.  Tapi aku suka lepak kat bawah la sambil tengok-tengok orang lalu-lalang, online, dan semestinya tengok kolam.  (Erkk, pernah ka tgk kolam tu? Hahaha) Tapi yang pasti, kalau time hujan, memang tempiasssss......

So, setakat ni itu sahaja yang mampu aku cerita tentang universiti ni.  Lain kali aku cerita la lagi k.  Penat dah jari menaip.  Tak lama lagi makin penat la jari-jemariku ini.  Huhu

See you again guys!