Tuesday, January 10, 2012

Andai dia untukku

"Dibalik telapak tangan ini, sebuah nama terukir indah.  Belum dapat ku baca, kata Allah masih rahsia."

Ya Allah, bila tiba masanya, beritahu aku siapa dia!

Tuhan, tolong ditetapkan hati ini untuk yang berhak.  Biar dia sahaja yang dapat memiliki cintaku kepada insan ini.  Mohon dipelihara hati ini.

Wahai lelaki penggegar hati,
Aku sendiri tidak tahu adakah kau yang bakal kujadikan suami kelak
Adakah engkau yang akan mengimamkan solatku kelak
Adakah engkau ayah kepada bakal anak-anakku kelak
Adakah engkau yang sentiasa membimbingku menuju ke syurga kelak
Aku tidak tahu wahai lelaki...

Andai benar engkaulah jodohku
Terimalah diriku seadanya
Aku tahu aku banyak kekurangannya
Aku tidak mempunyai fizikal yang cantik
Aku tidak punya harta yang banyak
Hanya diriku yang sebenar ini yang aku pertaruhkan
Maaf andai aku tidak sempurna...

Untukmu,
Tidak perlulah wajah sekacak putera
Tidak perlulah harta sebanyak mana
Tidak perlulah taburkan kata-kata semanis madah
Cukuplah dengan iman yang subur disiram taqwa
Cukuplah kau dapat memimpin ku ke syurga
Cukuplah itu sahaja...

Mungkin kau yang ditakdirkan untukku itu sudah ada didepan mata, cuma dikaburkan dengan pandangan ku ke arah yang tidak sepatutnya.  Aku harap kau bersabar dalam menantiku untuk berpaling kepadamu.  Kerana seberat apapun dugaan kita terima, andai jodoh itu ada, jangan risau, tetap takkan ke mana.

Satu yang ku pinta.  Jangan lamarku di laman muka buku. Jangan lamarku di laman twitter. Atau mana-mana laman maya.  Pinanglah aku di rumahku.  Di teratak usangku.  Di istanaku.  Jumpailah kedua orang tuaku.  Minta izin daripada mereka.  Kerana tanpa restu orang tua, aku tidak mahu untuk menjalinkan hubungan kita.

Maaf wahai Adam andai aku tidak mahu kita bergelar sebagai sepasang kekasih selagi belum menikah.  Aku tidak mahu berbuat dosa.  Aku tidak mahu membuat kedua orang tuaku malu. Aku malu dengan Allah!

Oleh itu, andai kau yakin dengan perasaan dan nalurimu adalah menjurus ke arahku, silalah datang ke pondok burukku.  Aku yakin andai niatmu baik ingin memperisterikanku, segalanya pasti dipermudahkan oleh Allah.  InsyaAllah~

(^_^)

No comments: