Saturday, December 14, 2013

Shaklee Team GULA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

GULA?? Hikhikhik. Mula-mula saya pun ketawa juga dengar nama team GULA ni. Mati-mati ingatkan gula (gula yang buat kopi tu), apasal pulak kakak saya ni buat nama gula. Manis. Hahahaha. Promo untuk barang kesihatan tapi dengan nama gula. Adoiii la....

Tapi selepas saya tahu maksud dia, terus saya terdiam seketika dan.....salute!! Saya respek itu nama team. Wakakakaka

G is for Gopal. U for Usha. L stand for Lucy & A is Aiman. 

G - Gopal
U - Usha
L - Lucy
A - Aiman

Great name!! Sapa mereka tu? Mesti heran kan....

Nama yang pertama tu nama salah seorang daripada 6 master presidential terpenting di Malaysia. He's the one of it. Beliau berjaya menjadi 'master' dalam masa kurang daripada setahun. Bayangkan betapa gigihnya beliau....

Nama yang kedua iaitu Usha, merupakan seorang wanita yang juga berpangkat master dalam Shaklee. Salah seorang yang tanpa lelah memberikan saya kata-kata semangat untuk sentiasa berusaha sehingga berjaya walaupun saya sudah mula untuk berputus angsa, eh silap, berputus asa. Hahahahaha

Lucy, nama yang ketiga. Dia merupakan upline kepada upline kepada upline saya. Hehehe pening ke? Dialah harapan kami untuk mendapatkan produk. Sentiasa bersedia untuk turun padang mencukupkan produk Shaklee yang sedia di order oleh downline tanpa mengira penat lelah dan kos. Thanks kak Lucy!

Yang terakhir, Aiman. I call him Pakcik Aiman. Beliau merupakan upline kepada kakak saya, dan saya downline kepada kakak saya. Erkk, jangan pening. Ini urutan memanjang. Hahahaha. Pakcik Aiman la orang pertama yang memperkenalkan Shaklee kepada kakak saya. Sehingga kami sekeluarga turut menggunakan produk kesihatan ini. Sekarang Pakcik Aiman berada di kedudukan atas jugaklah. 

Jadi kesimpulannya, word GULA memang mempunyai maksud. Group GULA diketuai master-master yang jauh lebih berpengalaman dan banyak memberi tunjuk ajar kepada downline. Jujur saya katakan, racist tidak pernah terjadi dalam group GULA ini walaupun kami datang dari pelbagai bangsa. Mereka yang terbaik dalam memberi kata-kata dorongan dan semangat yang mendalam. Shaklee bukan seperti MLM lain. Ia berbeza. Nyata jauh beza. Setiap sesiapa yang sudah semakin naik ke atas, maka mereka tidak boleh melupakan yang di bawah. Kena sama-sama bangun demi kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. 

Doa saya, semoga satu hari nanti saya bisa menjadi seperti mereka yang berhati mulia dan waja. Ya Allah, jadikan aku seorang yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. 

Firman Allah SWT dalam Surah Ar Rad ayat 11:

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"


NudifaBakar

Thursday, December 12, 2013

Shaklee & Cinta

Assalamualaikum para pembaca sekalian,


Kini saya muncul lagiiiii!! Setelah beberapa bulan menyepikan diri. Kesibukan, kerja, rumah, online. Erkkk, online facebook dan tengok kdrama jugak runningman online. Kikiki

Shaklee. Kenapa Shaklee? Ada apa dengan Shaklee? Well, hampir semua orang dah tau apa tu Shaklee kan? Ni saya nak cerita sikit tentang Shaklee dan apa kaitannya dengan cinta.

Shaklee seperti yang hampir semua orang tahu adalah sejenis vitamin dan supplement yang sangat bagus sekali. Hampir kesemua produknya adalah terbuka kepada semua. Vita-Lea merupakan vitamin pertama didunia yang dicipta pada 1915 (kalau tak silap saya lerr..haha). Selain Vita-Lea, Alfalfa Complex juga merupakan antara produk awal yang dicipta dalam Shaklee.

Perkataan Shaklee datangnya daripada pengasas dan pencipta Vita-Lea iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Nama itu diambil sempena 'surname' beliau. 

Cinta? Saya mengaku saya jatuh cinta terhadap Shaklee. Saya mengenali produk ini pada awal bulan September tahun ini. Sebelum ni, memang selalu nampak iklan2 Shaklee kat newsfeed Facebook tapi tak pernah nak ambik tahu sangat. Takut meninggalkan kesan buruk kan. Huhuhu

Tarikh 14 September saya secara rasmi telahpun menjadi ahli Shaklee seumur hidup dan mula consume Alfalfa Complex dan Lecithin sebagai produk pertama yang saya makan. Alhamdulillah baru beberapa hari mengamalkannya, saya dapat melihat perubahan yang ketara. Contohnya, kulit muka terasa lebih bermaya. Tubuh badan sentiasa dalam keadaan segar tanpa rasa mengantuk dan lemah. Sistem penghadaman juga aktif.

Selepas beberapa ketika, saya mula menambah Vita-Lea dan GLA Complex untuk mencukupkan vitamin dalam badan dan menstabilkan hormon saya yang tidak seimbang. Saya juga menambah Vita C Chewable selepas itu untuk dijadikan sebagai gula-gula harian saya. Alhamdulillah, kulit semakin cantik dan lembut. 

Pertengahan bulan Oktober saya mula mengambil Ostematrix. Sebiji Ostematrix bersamaan segelas susu ataupun 80 biji khasiat kacang badam. Saya makan sebanyak 4 biji setiap malam dan hasilnya tidur saya lebih lena dan saya jarang sakit tulang belakang. 

Saya seorang gadis yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak seimbang. Kadang-kadang saya tidak datang haid selama 6 bulan lamanya. Selepas mengamalkan pengambilan GLA Complex dan Ostematrix, haid saya mula kembali dan seimbang. Sudah 3 bulan berturut-turut saya datang haid. Kesuburan kita boleh dikembalikan tanpa rasa sakit senggugut atau PMS pun. Alhamdulillah.

Kini, saya telahpun menggunakan lebih dari 10 jenis supplement Shaklee termasuklah Cinch Set (set menguruskan badan..5kg berjaya turun dalam masa 2-3 minggu..) 

Alhamdulillah, saya tidak menyesal jatuh cinta dengan produk Shaklee. Seisi keluarga juga mengamalkan gaya hidup sihat ini. Syukur ya Allah. 

*psstt, saya dah lama tak kena sebarang flu/selsema dan demam tau. kikikiki thanks Shaklee!


Truly loved

NudifaBakar

Saturday, August 17, 2013

Saya Punya Hari Jubah!!

Assalamualaikum wbt.

Hari konvokesyen aku sudah lama berlalu. Bilang orang Sabah, limpas sudah! Hahaha. Tapi takpa, aku masih nak share gambar-gambar sepanjang minggu konvokesyen aku di UiTM Sarawak. (Konvo Diploma jerrr...)



Ni gambar masa kitorang rehearsal. Kiranya sehari sebelum la ni. Hehe. Aku yg pakai baju purple. Dan satu-satunya yg pakai skirt antara kitorang semua. Perghhh


 So, these are my daring darlings!!! I love them so much! Ke mana-mana memang kami berlima. Aku sorang jak yg paling gemuk sana. Hahahahahaha



Well, both of them are my girls! My sisters in UiTM Sarawak. Ada sorang lagi tapi dia dah awal konvo. Dia cuma 5 semester sedangkan kami 6 sem. Huhuhuhu



Hafizzz!! Tu diaaa sorang jak dia lelaki begambar dgn kami semua. Memandangkan kami banyak yang terpisah dgn classmate yg lain so, tinggal ini la baki yg ada. Walaupun cuma 7 org, kami paksa jugak snap the moment. Hehehe




Ni salah sorang dari classmate aku. Zati namanya. Ngam kami dua duduk bersebelahan. At least, tak lah jugak aku kesunyian duduk keseorangan. Perghh ayatttt. Nilah keja kami dua masa naib canselor tengah berucap. Snap! Snap! Snap!




Dannnnnn akhirnyaaa!! Ni gambar selepas naik atas pentas terima official transkrip dari naib canselor UiTM. Terima kasih Prof!! Hehehe. Lain muka ku di sana. HUhuhuuh





I do love this picture! Gambar ni sebenarnya 'candid' tapi I loikkeeee!! Macam masing-masing ada peranannya di dalam gambar ni. Sweeeetttttt ;p


Ini baru part I. Nantikan gambar lain di part II. See yaaaa...!!


NudifaBakar


Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Assalamualaikum wbt :)

Hai kawan2..!!

Semalam waktu pilih-pilih pakaian lama yang hendak diagihkan kepada mereka yang memerlukan, tanganku pantas menarik segala kain-kain baju dan seluar yang sudah tak muat di badan. Dalam leka menarik dan memberikannya kepada mama, secara tiba-tiba tanganku tertarik sepasang baju kurung biru dari dalam laci almari.

Aku tersentak. Kaku. Lama aku perhati baju kurung lengkap sepasang itu. Serta-merta kenangan baju itu kembali terungkap. Punca kepada kekakuan itu telahpun dikenalpasti.

Kurung biru itu dulu aku pernah pakai ketika bergambar dengan arwah yang menjadikan gambar yang diambil itu ada satu-satunya foto kami bersama. Kenangan itu walau sekali, tapi amat berharga bagiku. Lama aku merenung baju itu sambil tangan menggenggam erat kainnya.  Mama tegur,...

"Kenapa? Banyak kenangan?".....Kak Long sambung,...
"Kain sejuk. Susah mau dapat."
"Simpanlah." Akhirnya mama sendiri yang suruh aku simpan kembali dalam almari.

Serta-merta airmata mengalir membasahi tubir mata. Setitik dua namun sakit dan sedihnya menyucuk sampai ke dada. Allah, aku rindu dia. Sudah 6 tahun dia tiada disini, mengapa rasa sedih itu masih menghuni dalam sanubari?

Ya Allah ya Rohim, Engkau tempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aku tahu, dia juga tidak ingin melihat aku bersedih hati. Ampuni dosanya yang terdahulu, selamatkan dia dari azab-Mu. Al-fatihah.



NudifaBakar

Monday, July 8, 2013

Surat Cinta Buat Dia

Assalamualaikum.

Hai sang pelangi cinta,

Apa khabarmu disana? Sudah lama tidak bersua ya. Baikkah keadaanmu disana? Cukupkah kasih-sayang yang kau terima?

Ahhh, pastinya banyak kan? Kau semestinya disayang Dia. Kalau tidak, masakan dia mengambilmu terlalu awal dariku. Maaf. Bukan niat untuk berkasar. Ketahuilah, tempatmu sudah benar. Tinggal aku disini masih terkontang-kanting menyambung kehidupan duniawi.

Terkadang, hati ini pandai merinduimu. Eh, salah. Selalu hati ini merinduimu. Walau dimana aku berada dan dengan siapa aku berdiri duduk bersama, diingatan ku hanyalah kamu seorang. Hari masih terlalu pagi saat kamu pergi dahulu. Hampir senyuman manis di wajah ini hilang serinya. Namun, aku akur untuk menerima ketiadaanmu.

Sungguh aku tercari-cari kelibatmu saat aku meneruskan pengajian disekolah kita. Bayanganmu seakan berjalan melalui kaki lima di tepi tingkap. Mataku seakan memandang kelibat mu yang sedang tenang menuju ke kelas. Ahh, rindunya aku padamu.

Bagaimana kehidupanmu sekarang? Mesti lebih baik dari dulu kan. Lebih baik dari saat kita bersama. Sudah semestinya baik, kerana engkau berada disisi yang lebih menyayangi dirimu. Kini sudah 6 tahun kita terpisah. Terpisah kerana takdir yang Maha Esa.

Jangan ditanya mengapa hingga kini aku masih bersendiri. Bukan tiada siapa yang mahu mendekati diri ini, cuma aku yang belum bersedia lagi. Terlalu banyak yang perlu difikir sebelum jari disarung cincin perkahwinan nanti. Kerapkali juga terbayang wajahmu yang tersenyum memandang diriku ketika diri ini tidak mampu membuat keputusan untuk memilih teman hati. Di kala senyumanmu itu muncullah, aku berani untuk tidak meneruskan hubungan sia-sia itu lagi. Aku takut. Sungguh. Aku takut. Takut untuk kecewa dan patah hati sekali lagi. Aku cukup takut untuk ditinggalkan sendiri buat kedua kali.

Teman-teman yang terbaca luahan ini pastinya mengetahui siapa yang aku maksudkan disini. Maaf teman, andai entry kali ini tidak seperti yang selalu. Aku cuma ingin melepaskan rinduku padanya. Insan yang berjaya membuka hati ini untuk mengenal fitrah manusia yang istimewa itu. Cinta. Mungkin. Kalau tidak cinta, masakan jiwa ini merindui insan yang satu itu. Kalau tidak cinta, masakan raga ini lemah ketika ditinggalkan dulu.

Sayang, tetaplah datang dalam bayanganku jika aku sedang sendiri. Tika aku perlukan teman disisi. Mungkin waktu itu tiada sesiapa yang sanggup memahami diri ini. Bayangan senyumanmu sahaja sudah mampu untuk menangkis rasa gelisah dalam hati. Kerana senyumanmu itu mampu mengembalikan lagi memori kita suatu ketika dahulu.

Doaku, semoga aku ditemukan jodoh yang baik-baik. Tidak kira didunia mahupun di akhirat sana. Cuma andai bisa, aku ingin bersama denganmu lagi di syurga nanti. Aku ingin kita seperti dulu lagi. Meneruskan impian yang pernah kita ciptakan bersama suatu ketika dahulu.

Rindu rindu semakin rindu. Allah, sampaikan rindu ini padanya. Katakan pada dia, aku disini amat menyayanginya.


Salam sayang.