Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012

Ada apa dengan tarikh 29 Februari 2012? Tahun lompat? Yaa. Tahun lompat. Tapi ada yang lebih penting dari itu.

Hari ini, tanggal ini adalah ulangtahun kelahiran ayahku. Dia baru 13 tahun menyambutnya. Dan pada ulangtahun kelahirannya kali ini, aku tiada di rumah. Tiada disisi mereka disana untuk bersama-sama menyambutnya. Tapi tidak mengapa, hadiah untuknya sudah kusediakan sejak awal lagi. Sebuah buku. Dari penulis kegemarannya. Biarlah rahsia. Hehe.

Aku ingin kongsikan bersama status update ku di Facebook hari ini sempena hari kelahirannya yang ke52:


"Dia lelaki yang pertama ku kenal. Dia yang memberiku kasih sayang. Dan kasih sayangnya itu takkan pernah terbalaskan. Benar kata orang, kasihnya sepanjang zaman.

Di saat aku gagal, dia terus memberi harapan. Dia mungkin bukan sesiapa, tapi dirinya memberi inspirasi supaya aku tidak alpa. Dia mungkin bukan hero dunia, tapi bagiku dialah wira. Di mata insan lain mungkin dia tidak sempurna, tapi dimataku dia yang terbaik buat keluarga. Dia yang tak pernah lelah dan mengalah, walau aku dan mereka kerap bikin susah. Takkan ada orang lain yang dapat menggantikan tempatnya. Dia orang pertama yang selalu yakin bahawa kami sentiasa boleh dalam segala hal.

Di hari ulangtahunnya ini aku ingin mengucapkan "Selamat Ulangtahun Kelahiran buat ayah tercinta Bakar Mudra". Kepada Allah ku aturkan doa, semoga Dia memberkati dirimu, dipanjangkan usiamu, dikurniakan untukmu kesihatan yang baik oleh-Nya, serta selalu bahagia walau di mana jiwa dan ragamu berada. Janjiku untuk membawa pulang kejayaan adalah sebagai hadiah harijadimu tahun ini. Ayahanda, dirimu sentiasa di hati ♥
 "


Awal pagi sudah rasa sedih2. Bukan apa, dalam banyak2 tarikh lahir di rumah tu, kami paling tak sabar kalau tibanya tarikh 29 Februari ini. Almaklumlah, bukan selalu ada tarikh tu kan....

Okaylah, sampai disini saja entry untuk bulan Februari. Esok dah 1 Mac. Maknanya tarikh untuk aku berperang sudah semakin mendekat. Doakan kejayaanku kawan. Itu janji yang aku ucap kepada ayahku. Ingin ku lihat dia tersenyum bangga punya anak seperti aku. Meskipun hidup itu tidak indah, tapi yang indah itu akan hidup dalam kenangan yang takkan terlupakan. 

Salam.

Tuesday, February 7, 2012

Perempuan tak laku?

Ada apa dengan tajuk entry ni? Apa yang dapat kamu bayangkan, rasakan, fikirkan tentang tajuk tu?

Tiada? Ok. Biar aku terangkan.

Someone said that if we don't approve a relationship from the one who loves us, so we as the girl will be so called 'tak laku'.

Means that, dia kata kalau ada orang lelaki suka kat kita, kita mesti terima walaupun lelaki tu takda rupa, harta and so on so forth la. Sebab takut nanti kita sebagai orang perempuan ni tak laku. Takda orang nak lagi sampai ke tua.

Aku tak setuju. That statement is so childish for me.  I can't accept it.

Bukan maksud aku untuk terasa tentang apa yang dia perkatakan. Cuma bagiku, dia terlalu memandang ke arah yang kurang positif. Tidak patut dia cakap macam tu. Gara-gara inginkan perhubungan yang entah membawa kepada kebaikan or keburukan, dia sanggup terima siapa saja untuk dijadikan teman atau lebih tepat lagi, kekasih hati.

Mungkin kalau dia betul-betul percaya dan yakin dengan apa yang dia katakan, jadi aku ni antara perempuan dalam golongan tak laku la kan? Hahaha. Kelakar.

Aku tak kisah apa yang orang mau cakap-cakap di depan or belakang aku. Sebab aku tau diri aku macam mana. Tiada orang lain yang dapat faham. What I look, what I want, what I need. Depends on me and Allah's will.

Allah telah menciptakan makhlukNya itu berpasang-pasangan. Jadi mengapa mesti percaya bahawa perempuan akan jadi tak laku? Atau, dalam konteks mereka yang percaya, mengapa mesti takut untuk memegang status perempuan tak laku?

Sanggupkah kalian yang percaya (Cehh, macam golongan berhaluan kiri ja. Haha) untuk menerima seseorang yang kalian tidak kenal untuk menjadi seseorang yang istimewa di hati? Mana tau mungkin lelaki tu sengaja ingin mempermainkan hati wanita, boleh jadi juga mereka hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kaum yang lemah ini. Tidak semua lelaki itu boleh dipercaya 100% tapi tidak semua lelaki itu jahat. Yang jahat pun boleh jadi baik. Terpulang kepada diri sendiri jugalah. Hehe.

Aku menulis macam ni tidaklah bermaksud aku perempuan yang sempurna. TIDAK SAMA SEKALI.  Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. No need to fright about the status 'tak laku'. Aku memang bukan wanita solehah and baik-baik. Jauh sama sekali. Masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mendapat keredhaan dariNya untuk menjadi hambaNya yang solehah dan bertaqwa.

Masih ramai wanita/perempuan/gadis di luar sana yang lebih baik dariku, yang lebih taqwanya dariku, yang lebih solehah dirinya berbanding diriku yang serba kekurangan serba-serbi ini. Lebih ramai diluar sana. Aku selagi aku tak solehah, selagi aku tak berubah jadi baik, aku sedaya upaya untuk menolak cinta lelaki. Aku mau meraih cintaNya dulu sebelum aku berusaha mencintai hambaNya yang mencintai Dia sama seperti diriku.

Walaupun aku sebenarnya tak layak untuk seseorang yang bergelar soleh. Langsung tak layak untuk seseorang yang baik dari segi akhlak dan kelakuannya. Sungguh tak layak.

Jadi, mungkin itu juga boleh dijadikan sebab mengapa perempuan tak laku kan? Hahaha. Pening-pening pulak aku yang menaip ayat ni.

Well, what I'm going to say is "Tiada istilah perempuan tak laku". Yang ada hanyalah "lambat sampai jodohnya". Percayalah, Allah tahu apa yang TERBAIK buat hambaNya. Tidak akan dibiarkan hambaNya sendiri. InsyaAllah.

Saturday, February 4, 2012

Cerita tentang Baucer

Hendak disebutkan kisah, pertengahan bulan Januari hari tu kami yang pelajar IPTA/IPTS & Ting. 6 ni ada dibagi baucer bernilai RM200 setiap seorang untuk dibelanjakan membeli buku & stationeries.

But, I've kept that voucher for 2-3 weeks. And yesterday I had spent RM150 of that voucher at Popular and MPH.  Well, I'm satisfied with what I bought.  I bought a book of Dr HM Tuah Iskandar special for my dad, a book of the power of water to my mom, pencil color for my nieces, twin tip markers for my nephew, exam pad, colors paper, pens, pencils, highlighters and of course a novel of Sophie Kinsella for my own. YES, finally!!!

I do love Madeleine Wickham aka Sophie Kinsella's books/novels.  She wrote so many stories especially about girls.  A movie titled Confession of a Broken Heart is one of her writing which have been filmed.  She is a very popular person.  A beautiful woman with beautiful writing. Oh, she's very lucky!

I bought her books which names as "Cocktails for three".  The story is about friendship.  I can't tell you what the whole story in it cause I didn't finish my reading yet.  Be patient kay!! Hehehe

Next time, I will capture it's picture with other things I have bought last night.  Its a fun journey with my friends. Laughing all the time.  Because this is the only time we have to pass it together.  Will be missing them so badly!

Tomorrow I'll be going to Kuching city again.  But I'm gonna go with my roommates! I'm still tired. But I do not have any other option. Hanya ini masa yang ada untuk ku habiskan bersama mereka. Errrk, sorry. Terbiasa bah tu 'mixed-language'.  Lagipun, ni blog aku kan? Sukati aku lah mau taip pakai bahasa apa. Hehehe

Don't worry, I'll upload all the picture soon.  But not this very soon. I mean, next time. Heheh.

Adios!!