Monday, June 27, 2011

Rindu serindu-rindunya

Entah kenapa malam ni aku terasa rindu sangat dengan keluarga aku yang jauh di Sabah.  Aku rindu untuk berbual bersama, makan bersama, santai bersama dan ketawa bersama.  Sesungguhnya saat bersama keluarga adalah saat yang terindah dalam kehidupan setiap insan.  Alangkah bersyukurnya pada yang masih punya keluarga yang sempurna.  Cuba kita bayangkan jika orang yang kita sayang telah tiada disisi kita buat selama-lamanya? Apakah perasaan anda? Aku tentu sekali sentiasa menangisi pemergiannya walaupun aku tahu apa yang aku lakukan itu adalah berdosa.  Namun itulah saja caranya untuk aku mengubat hati yang rindu.  Bersyukur pada Allah kerana aku masih mempunya keluarga yang lengkap.  Tidak tergambar rasanya bila kehilangan.  Aku belum bersedia untuk itu.  Aku tidak ingin kehilangan seperti apa yang berlaku pada tahun 2007 dan 2008.  Cukuplah tika itu aku kehilangan dua orang insan yang amat ku sayangi buat selama-lamanya.  Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Rindu.  Seringkali kita mendengar jika ada orang rindukan kita, maka bulu mata kita akan gugur.  Entah sejauh mana kebenarannya.  Tak juga boleh dipercayai bulat-bulat.  Bagi aku, bila kita mimpikan seseorang itu, tentunya kita sedang merindukannya.  Atau, orang itu yang sedang merindukan kita? Wallahualam.  Mudah-mudahan biarlah sama-sama merindu.  Hehe.  Apa-apapun, sesungguhnya rindu itu sangat membuatkan hati kita derita.  Ini kerana, hati kita terdera mengingatkan seseorang atau sesuatu itu. Kita mengingatkannya seperti kita ingin benda yang kita mustahil nak dapat.  Perasaan rindu memang boleh membuatkan manusia hilang akal jika tidak dikawal dengan sebaik-baiknya.

*Entah kenapa malam ni aku rasa skema betul.  Tengok saja semua ejaan entry ku kali ini. FULL.  Memang A1 BM aku masa SPM dulu. HAHAHA*

No comments: