Monday, June 27, 2011

Rindu serindu-rindunya

Entah kenapa malam ni aku terasa rindu sangat dengan keluarga aku yang jauh di Sabah.  Aku rindu untuk berbual bersama, makan bersama, santai bersama dan ketawa bersama.  Sesungguhnya saat bersama keluarga adalah saat yang terindah dalam kehidupan setiap insan.  Alangkah bersyukurnya pada yang masih punya keluarga yang sempurna.  Cuba kita bayangkan jika orang yang kita sayang telah tiada disisi kita buat selama-lamanya? Apakah perasaan anda? Aku tentu sekali sentiasa menangisi pemergiannya walaupun aku tahu apa yang aku lakukan itu adalah berdosa.  Namun itulah saja caranya untuk aku mengubat hati yang rindu.  Bersyukur pada Allah kerana aku masih mempunya keluarga yang lengkap.  Tidak tergambar rasanya bila kehilangan.  Aku belum bersedia untuk itu.  Aku tidak ingin kehilangan seperti apa yang berlaku pada tahun 2007 dan 2008.  Cukuplah tika itu aku kehilangan dua orang insan yang amat ku sayangi buat selama-lamanya.  Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Rindu.  Seringkali kita mendengar jika ada orang rindukan kita, maka bulu mata kita akan gugur.  Entah sejauh mana kebenarannya.  Tak juga boleh dipercayai bulat-bulat.  Bagi aku, bila kita mimpikan seseorang itu, tentunya kita sedang merindukannya.  Atau, orang itu yang sedang merindukan kita? Wallahualam.  Mudah-mudahan biarlah sama-sama merindu.  Hehe.  Apa-apapun, sesungguhnya rindu itu sangat membuatkan hati kita derita.  Ini kerana, hati kita terdera mengingatkan seseorang atau sesuatu itu. Kita mengingatkannya seperti kita ingin benda yang kita mustahil nak dapat.  Perasaan rindu memang boleh membuatkan manusia hilang akal jika tidak dikawal dengan sebaik-baiknya.

*Entah kenapa malam ni aku rasa skema betul.  Tengok saja semua ejaan entry ku kali ini. FULL.  Memang A1 BM aku masa SPM dulu. HAHAHA*

Friday, June 24, 2011

19 - aku bakal meninggalkanmu..

Entry ni aku buat berdasarkan umur aku yang akan meningkat lagi setahun iaitu 20 tahun!! Huhu.....Dah kepala dua dah...tak ada lagi kepala satu....bye2x!!! :'(

Seperti tahun2 yang lalu juga, doa dan harapan aku tetap sama ---> aku ingin dipertemukan jodoh yang baik2 dan diberkati hidupku ini....Amin~

Ni lah pertama kali aku menyambut birthday ku di rantauan org...(Ceh, setakat Sabah-Sarawak jak pun..HAHA)  Sedih, pilu, semua lah perasaan yang kurang baik tu ada...Kebiasaannya kan di rumah mama akan  masak something special utk sambut birthday setiap seorang dari kami...Tak ada kek pun tak apa, asalkan mereka ingat tarikh keramat buatku ini....Huhu (Rasa nak nangis, tp tak boleh, ada org kt sebelah ni...huhu)...Aku rindu rumah!

Tapi Tuhan itu Maha Adil, di sebalik kesedihan yang aku rasai, ada juga kebahagiaan yg Dia beri;  memandangkan tarikh birthday aku sama dengan liza a.k.a geng rumah sewa, maka semua geng2 kelas aku membuat sambutan hari jadi kami malam sabtu ni...hehehe (bbq.....bestnya...tp mudah2an Allah selamatkanlah birthday party tu....jgn jadi mcm bbq yang sebelum ni...amin!)  Pastu, keduanya....Roommate2 aku plak plan mau celebrate birthday aku mgu depan (disebabkan Siti pegi Johor hari Sabtu ni bersamaan hari jadi aku....huhu) tapi takpalah, rupanya dorang pun ingat date of birth aku....uuwaaa, terharu beb!! hehe...and last but not least, kawan2 aku budak cs plak plan bwa g kuching nnt sempena birthday.....hehe (Sai, ko mau belanja makan or tgk wyg?) wakakkak.....mcm mna kalo PIZZA?? hahaha...Best eh! Sesungguhnya apa yang ditakdirkan Allah untukku adalah yang terindah....Alhamdulillah.. :)

Well, sekarang pun dah masuk jam 12:56 a.m. dan aku pun dah ngantuk gila...Esok kelas jam 8......Huarghh!!! Malasnya....keh3x! Tapi aku tetap juga bangun awal punya......Sebab dah terbiasa dah kali mata tu....tak payah tunggu alarm bunyi, baru kelam-kabut nak bangun....hahaha....Wash your face, wash your feet....It's time for me to fall asleep! Nite y'all! ;)

Thursday, June 23, 2011

Tanya hati

Tiba2 terasa nak coretkan sesuatu disini malam ni....

Aku tak tau kenapa setiap hari aku perlu berhadapan dengan persoalan yg sama.. (setiap hari? menipu jak..haha) ... aku sendiri pun tak paham la kenapa perlu tanya kat aku soalan macam tu...balik2 aku akan ditanya dengan soalan yg berbunyi gini:

"Single ke?"

"Dah ada boipren ke?"

"Apsal tak da boipren lagi? Memilih sangat kott?"

Heyy!! Does it necessary to have a boyfriend??? (Haha...emosi yg terlebih sudah!)

Well, utk tidak mengecikkan hati org yg dah sedia kecik tu, aku sedaya upaya la mengatur ayat sopan sebagai jawapan kepada persoalan2 itu tadi..(cewahhhh!!)

Jawapan:

"Ha'ah, masih single..belum double triple lagi..."

"Boyfriend setakat ni belum ada.."

"Saya masih muda, perjalanan masih jauh..Bukan bermaksud saya ni memilih sangat.."

AmacAm??? Sopan tak jawapan aku? HAHHAHA...kiranya itu antara ayat2 sopan aku utk menjawab pertanyaan org....

Tapi, sebenarnya dalam hati aku ni, aku nak jawab gini ----->

"Yup, still SINGLE...ada masalah ke dengan status aku???"

"I don't need a boyfriend. Hati sendiri tak terjaga, ada hati mau jaga hati org lain...I'll laughing to myself!"

"Memang aku memilih! Takkanlah aku nak rembat je mana2 lelaki yg mau dengan aku? Kang dpt yg makan batu, tak ke susah keluar masuk mahkamah deal dengan kakak aku??"

Hahahaha!!! Gila kan jawapan tu....Tapi itulah yg sebenarnya aku nak cakap kalo org tanya, tapi tak sampai hati........heheheh

Aku sendiri pun tak tau lah, tapi aku bersyukur dengan takdir Allah yg tidak mengurniakan aku perasaan buat mana2 lelaki sekarang...Aku nak fokus pada pelajaran aku nih...Bukan senang beb nak maintainkan pointer...Susah wa cakap lu! haha...Tapi takde lah sampai bermaksud aku ni taknak ada perhubungan tu....tipu lah kan...hehe...tapi bukan masa ni lah, masih terlalu awal utk ke arah perhubungan tu lah....eh, jangan silap juga! aku bukan LES**** tau....hahahhaha...I'm normal! Cuma sekarang ni belum jumpa lagi someone yang boleh membuatkan hati aku ni berdebar-debar...keh3x...Aku berharap agar dapat bertemu dengan lelaki yg boleh mengimamkan solatku nanti....Amin~

p/s :: Mungkin dulu aku pernah terlalu kecewa jadi, tu la pasal tak terfikir lagi buat masa sekarang ni utk bercintan cintun....hehe....Chawww!!!