Wednesday, April 6, 2011

Semester 3 dah nak habis???

Ahahahak...Rasa mcm tak percaya sekarang aku dah di hujung semester 3.....Dalam masa 3 minggu lagi aku akan menamatkan pengajian dalam semester 3 ni,...Bulan 6 masuk semester 4!! Yeahh....Kejap jak masa berlalu....Serasa macam baru semalam aku masuk semester 1.....Hihik...

Tak lama lagi nak balik rumah.....Itu yg utama!! Rindu dgn family....Rindu dgn sahabat di sna...Hehehe.....Lama tak borak2 dgn mereka semua.....(Ceh, cam formal plak bhsa aku ari ni!) Haha

Macam biasa la, sebelum mula exam.....Mesti ada assignment yg bikin pening...Huhu.....Database! Aku btul2 tak berapa nak paham buat bnda nie....Tapi aku akan cuba buat yg terbaik semaksima yg mungkin!!! Chaiyokk2 my group ----> Dym, Bell & Jac! Wow.....macam nma artis jak durang nih....Kah3.....

Mana DRAMA lagi yg akan kami pentaskan mgu depan....Huuuuuhhhh! (Sambil lap peluh di dahi)...Nasib baik watak senang, tak payah susah2 hafal skrip Hassan Mutalib tu...Hahhaak (Sory DJ ---> Penulis skrip sbnr)

Mudah2an segala urusan pelajaran semester ini dipermudahkanNya.....Amin.

Tuesday, April 5, 2011

Ada Apa Dengan 5 April ??

Assalamualaikum wbt.....

5 April? Sungguh tak tertahan sebak bila sampai pada tarikh ini.  Minda akan fokus kepada cerita lama, ingatan akan terpaku padanya, hati akan kembali merasa getarannya.  Airmata akan menjadi peneman setia.  Rinduku padanya masih sama.

Andai dia masih ada, hari ini 5 April 2011 ada harinya menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 20.  Tak terbayang bagaimanakah dia jika dia ada pada masa kini.  5 April 2007, tahun terakhir dia menyambut hari lahirnya..ketika dia berusia 16 tahun.  Itulah kali pertama dan terakhir aku turut serta menyambut hari bahagianya itu.  Kemalangan yg meragut nyawanya 28 Mei 2007 meninggalkan kesan mendalam buatku. Sudah takdirnya menemui ajal dalam usia yg muda.  Sedikit tidak percaya ketika diberitahu tentang kejadian itu.  Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah yg Maha Esa.  Kini, sudah 4 tahun dia meninggalkan dunia dan isinya.

Hari ini, di hari lahirnya . . Aku hanya dapat sedekahkan al-Fatihah dan surah Yassin buat Allahyarham WN . . Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman . . & semoga kita bertemu lagi di dunia yg seterusnya . . imysm! :'(

Semua Tentang Kita - Peter Pan

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

..........

Izin Ku Pergi - Kaer

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Abadi kasih kita
Kau bawa bersama

Impi indah mekar saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rinduku hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung derita di kalbuku
Pergilah sayangku bermula semula
Semangat cintaku membara kerana dia tiada niatku

Huhuk...Life must go on ~

Monday, April 4, 2011

Adakah ini CINTA?

Mungkin ramai antara kita pernah bercinta, merasai asyiknya cinta itu dan tenggelam di dalam kemabukannya. Malah Syed Qutb, Abu talhah serta Hasan Al-Basri pernah menyintai seorang perempuan sebelum pernikahan mereka. Selain dari itu, Khadijah r.a juga mempunyai rasa suka kepada Rasulullah sebelum peminangan beliau pada baginda.

Dan sungguh cinta itu tidak pernah salah. Malah ia memberi cahaya kehidupan dan harapan yang melestarikan nafas yang panjang pada dunia yang mencabar ini.

Namun diri kita tahu akan kelemahan diri kita. Kita tahu di mana tempatnya kita bakal jatuh, jika kita kurang berhati-hati.

Seperti itu jugalah kebanyakan wanita, kita amat mudah menyintai dan menyayangi manusia lainnya. Hati kita dipenuhi cinta dan sayang. Terkadang mampu dikawal, terkadang mencengkam dan memakan diri kita sendiri.

Dan kita tahu di situlah kelemahan kita. Apabila diberikan kepada yang belum haq, kita akan tenggelam dalam keasyikan yang merudum jiwanya. Cinta yang ditakuti takkan sampai ke penghujungnya. Cinta yang mencemari cinta kita kepada Rabb kita. Dan ditakuti kita akan sesat dalam kegelapan akibat cinta yang asyik itu.

Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yang hak dan berhak sahaja. Bukan kerana kita membenci cinta itu. Bukan menolak mereka yang menyintai kita. Tapi kerana kita tahu di mana titik lemah kita. Dan cinta itu kita simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yang kita berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanyalah kerana Allah semata-mata.

'saya takut kalau saya menyayangi seseorang, orang itu akan lebih menyayangi saya dari saya menyayangi dia. dan itu pernah berlaku pada saya.'

Padaku ucapan itu mungkin bernada agak perasan, namun aku tahu dari lubuk hatinya, itu merupakan ucapan yang tulus.

'tapi saya isteri awak, tentu saya perlu sayang pada awak.'

'betul, tapi saya takut awak akan rasa kecewa di kemudian hari, jika apa2 yang berlaku pada kita.'

Suara hati nakalku berkata, 'takpe, saya akan jadikan awak sayang saya lebih dari saya sayang awak, baru awak tahu!'

Namun aku menjawab, 'tak apa, bukankah kita ada Allah. Apapun yang berlaku dalam hidup kita, kita ada Dia untuk kita mengadu akan keadaan itu.'

Ketika aku menyalami tangannya, aku tenang melihat dirinya pergi. Namun fikiranku tetap memikirkan akan dirinya yang aku temui cuma acap kali sahaja dalam masa beberapa minggu.

Dan ketika aku pulang ke bandar beku dan sejuk ini, aku teringat suasana hiruk pikuk dan siren ambulans yang berkumandang setiap 10 minit di kota London. Asap dan enjin kereta yang mampat mungkin menjadikan udara di bandar kosmopolitan itu berhawa tinggi dan sering mengundang peluh di bajuku.
Sudah tentu kenangan bersama dia takkan dapat aku lupakan.

Setiap kali kembali setelah bertemu dengannya pasti aku akan teringatkan perbualan-perbualan yang kami lalui bersama. Pertama kali dalam hidupku, aku begitu dekat dengan jiwa seorang lelaki bergelar suamiku.
Dan aku tahu di saat itu, aku telah mula menyintai dirinya. Mahu membantu dirinya sepanjang hidupku. Mahu menjadi sayap pejuangnya walaupun mungkin aku dan dia bukanlah pasangan yang sempurna di dunia ini. Banyak ujian melanda. Dan sungguh setiap kisah-kisah pasangan baru berkahwin adalah berbeza sekali. Namun di sebalik ujian itu, ada kemanisan setiap kali cabaran itu dapat dilepasi.

Adakah dapat aku sembunyikan rahsia hati ini, menjadikan dia lebih menyintai diriku dari diriku menyintainya?
Namun tentu bukan itu matlamatku dalam perkahwinan ini. Perkahwinan ini adalah ibadah. Cintaku padanya adalah suatu ibadah. Aku menyintainya kerana Allah dan aku berasa amat tenang dengan cinta itu. Cinta yang menjadikan aku sentiasa berhubung dengan Allah di saat susah dan senang menghadapi bahtera rumah tangga ini.

Satu anggapan yang salah, seorang ukht berkahwin dengan seorang akh untuk mendapatkan kekuatan dari pasangannya. Ya, sebahagiannya betul, namun hakikatnya, ujian kehidupan pasti melanda setiap seorang dari kita. Kerana itu, peribadi kita sendiri perlu kuat. Hubungan kita dengan Allah perlu amat mantap.Terkadang pasangan kitalah yang perlu dibantu, bukan kita yang dibantu.

Tentu dalam berBaitul Muslim sendiri ada pasang surutnya. Namun yang menyatukan dua hati manusia yang asing ini adalah Allah. Apabila keduanya kembali semula pada Allah dan meminta petunjuk dariNya.
Dahulu aku takut tenggelam dengan cinta. Cinta sesama akhawat sendiri menyebabkan air mataku kering kerana banjirannya. Namun ketika akad tertahkik, cinta yang kurasai ini, ibarat hujan yang turun secara tenang dan damai, membasahi tanah sahara yang kekontangan. Menyimbahi tumbuhan yang kekeringan. Ia memberi sinar di pagi hari, menyuluh kegelapan di waktu malam.

Dan aku tidak katakan cintaku pada dakwah, pada Allah, dan pada akhawat berkurang kerana aku menyintai seorang lelaki yang Allah jodohkan buatku. Malah cinta itu bertambah, menolak motivasi dan melimpah ruah. Kerana cinta itu terlalu istimewa. Ia boleh meletakkan jiwa kita di tempat teratas, atau menjadikan kita manusia yang amat hina sekali.

Aku tidak mengatakan cinta itu salah sebelum perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yang hina di sisi Allah. Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka untuk sebuah cinta, limpahannya akan mengairi seluruh lautan yang wujud di muka bumi ini.

Tentu pernah kita dengar, seseorang wanita sanggup membuat apa sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, menjual harta, hanya kerana seorang lelaki yang belum menjadi miliknya.

Dan indahnya cinta itu apabila ianya diberikan buat yang hak. Kerana ia sentiasa diiringi doa dan barakah. Tentu banyak rahsia Allah yang tidak kita ketahui dalam hidup ini. tentu akhir perjalanan kita takkan kita ketahui akhirnya.  Namun kita sentiasa perlu positif, meraih yang terbaik dalam hidup kita, dan memaknai setiap kenikmatan dan kebahagiaan yang Allah rezekikan untuk kita.

Alangkah indahnya bila segalanya kerana Allah. Bercinta pun dapat pahala!

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." - (HR:Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda lagi:

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita."


Penulis: Nor Aisyah Zainordin

Sunday, April 3, 2011

Hari ini yang padat.....!!

Assalamualaikum~

Hari ni penuh ngan kepadatan yg x terhingga! Haha...Bangun dari tido, mandi, trus p makan....Then, smbg blatih utk drama di discussion room..Lpas balik dr discussion room, buat myline yg bikin panas tu then, jalan lagi p makan di KFC....Pas makan, g temankan anim & muniek gen p beli barang...Pastu balik singgah jap d rumah DJ, mau balik hostel sama mcm p team building kali kedua sbb lalu jalan tikus! Ops! Hahaha..sampai hostel, baru teringat rupanya aku belum mandi dr petang...Wahahaa!!!

Pasni mau p mandi, then.......MATH  & MYLINE menantikuuuuuu!!! Arghhhh...

Friday, April 1, 2011

About Common Test 2 CSC134 (1st of April year 2011)

Hari ni hari Jumaat bersamaan 1 April 2011 di mana berlaku satu Common Test pada malamnya...Hahahak!! Hendak dijadikan cerita, semalam lepas balik dr kelas yg abis pd jam 6 petang aku terus duduk depan lappy dan smbg buat blog....update2, design2..Hihik....smpai lmbt mandi..Then, lebih kurang jam 11 aku berenti la update blog, aku smbg g dgn fesbuking...Hehe..(mmg kaki online...ops!!)

Habis berfesbuking pd jam 12 (sbnrnya line yg buat hal, tu pasal la awal berenti..Hahak), aku niat di hati lah mau belajar CSC....memandangkan aku tiada buku teks csc, aku pun bukak jak la slide csc yg ada..mmg 100% aku bgantung dgn note tu....blum smpai pun 10 minit aku stdy tu ( aku rasa la..aku pn nda meninguk jam lagi..Hoho),,  dah aku tetidooo!! Haishh...satu apa pun blum stdy wei...... ;(

Keesokan paginya, awal la aku bangun....dlm kul 9 cm tu..(Hahahak!!! Awal ka tu? Subuh telepas laa...Tido mati aku mlm tu)....bangun2 jak mimang aku mengadap lappy trus, buka slide n buat nota....dahlah pen aku semua abis dkwat, tpksa buat note pakai pensel....pensel la hero aku tym tu! Luv U! Haha...Pas abis buat note tuk chapter 2, baru aku p mandi........Hihihihi...tgh hari aku turun p kperasi beli pen sebatang! Hahah..Then aku smbung buat note smpai jm 5.30 ptg...Hoh, mimang buat nota jak keja aku,,..ngantuk2 pun paksa juga....abis buat nota aku p mandi, besiap mau pegi test jam 7...(jd, bila la masa aku stdy ni kan?) Hahah...Sbnrnya aku x stdy pun, before g test aku cuma smpat baca 3 chapter jak...3 chapter yg selebihnya tu aku cuma pegang note n tgk seimbas lalu jak....(mcm la dpt msuk tu ilmu kalo main tgk jak kan?) hahaha!!

Jadi, dgn bangganya aku menjawab test!! Dengan prasaan bercampur-baur, bgegar (sbb nda abis stdy)....aku beserah jak sma Allah..Moga2 d permudahkan, amin~  Habis baca doa, aku buka kertas soalan dgn lafaz Basmalah.....Fuuuhhh, aku nmpk soalan2 tu semua sma mcm apa yg kami bincang dlm kelas tym hari Rabu tu!! Exactly the same!! Aku apa lagi, trus ambik pensel & tulis jawapan d kertas tu....Aku tekejut sbb apa yg Encik Zamri ajar & soal2 pelajar dlm kelas tu la yg masuk.....Mmg Encik Zamri baik hati, rupanya dia bg hint tuk soalan common test!! Memandangkan dia byk tanya soalan2 tu kat aku & bibi, jadi aku ada la juga ingat2 sikit...Aku tak melepaskan peluang tym tu..Hahaha!! Tp soalan2 di part A, nda semua la aku dpt jwb, ada yg aku tembak jak...(Nda tau kan...nda abis stdy...Wakakak)...

Habis menjawab, aku pun keluar la...Tak tahan duduk lama2, aircond audi 1 mmg sejuk gila....Hehe..Dekat luar plak, semua bincang balik jawapan...Hah, ni la yg aku suka dgn klasmet aku ni...mmg kami suka bincang jwpn, pok semua sama kan...Hahhaha..Kami duduk2 diluar audi smbil menunggu bdk2 pandai csc(dympna & Jack)..Hahah...Lepas semua dah ada, kami pun apa lagi.....Serang kantin!!!! Makan burger sna..(Haiss, mcm mna la mau kurus kan? hahaha)......Itulah kisah sepanjang common test 2 csc134....Ntah cm mna la result test tu nnt....adakah segemilang test 1????? (Angguk2 Geleng2)....Kita nantikannn!! Hahaha...

Lovely+Crazy+Classmates

First and foremost,,,,!!
Ni gmbr tyme baru abis kelas csc mis pida....Yg bakul coklat tu, ada bun d dlm dia...Hahaha...tgk gaya masing2...mcm gmbr ni di ambil tuk majalah CLEO jak....wakaka..terutama tuuu naaa, c baju belang2 n baju kurung tu... XD

Hahh!!! Yg iniii...masa kami disuruh membuat kad ucapan sbgi assgment BBM110....mcm kerja tym skola rendah, tp xpa...yg penting, ENJOY!! Hehe..nda la juga stress sgt tgk huruf2 seja dlm setiap asgment..Dlm gmbr ni dari kiri; Ieda, aku, Yenn, Bai, Munie, Bibi, Dj, Liza, Zati & Kuna...Masing2 pegang kad ucapan yg suda di buat dgn kreatipnya!! Hua3x....(Bangga, smbil kembang2 idung)..Tgk dlu stail bgmbar mcm mna...Ble buat model iklan bah kami suma ni...Kpd sapa2 fotografer yg mau antara dlm gmbr d ats ni jd model, jgn malu2 sila inbox saya lepas ni...(Perasan)...Wakakakak!!

Last but not least......,
Kami bgmbr d Kuching International Airport (Sengaja ckp dlm BI, bagi grand ckit....) Wakakah!! Ni tgh tgu mau boarding, before g Sabah...Kwn2 yg urg Sarawak ikut p Sabah mau becuti tp aku x ikut dorang...Aku p balik rumah...mau jumpa family bah, rindu sma durang...Huhuk :'(  Cuba tgk org yg bdiri sna hujung sblh kanan, begaya kan??? Hahaha..dia lah model kelas kami..OpS!! Sbnrnya model sbnr ada dua org dlm tu..Teka lah yg mana 1....wakaka!!Semua betrip d sini ni..backgroun cantikkkk punya la..ada kapal MAS lg d blkg tu padahal kmi naik airasia....haha..xpalah, sma juga tu...kapal terbang juga nama dia kan? Hehe..

Entry kali ni hanya memuatkan gmbr klasmet pompuan jak, len kali uplod gmbr bdk laki lagi eh..(Wlupun bdk laki dlm tu cuma 2 org) Hahah..xpa lah, asalkan ada...Dulu ada 4 org (Ceh, up 2 jak pun..), tp sorang dah pindah group A, yg sorang lagi dah tiada dahhh.....(Eypp, bkn kembali ke rahmahtullah ahh...Dia pindah p Poliklinik, eh...Politeknik bah..Hehe)....

Telampau byk gmbr kelas kmi ni....ada masa, nnt tym cuti sem aku scan gmbr kelas tym part 1..gmbr tym muda2...(skg lg muda...!! erkk, nda mau dikata tua)...hahaa...Tym cuti nnt aku mesti rindu sma dorang2 ni...Sbb mcm nda lengkap jak hari2 aku kalo teda nmpk muka dorang, nda ketawa sma dorang....Huhu..Cediihhh woo...