Friday, December 16, 2011

Dilemma Cinta

Hai blog!

Blog memang ada saat-saat diperlukan. Hahah.

Begini ceritanya,

Ada orang rajin chat dengan aku kalau dia online. Haha. Memang la ba kan? Mula-mula tu aku rasa ok-ok jak bekawan dengan dia.  Tapi lama-lama lepas tu, ayat dia macam lain macam. Berapa banyak macam daaahh.. Hehehe

Hmmm, kiranya dia tu mau cucuk jarum dengan aku la tu.  Tambah lagi bila dia tau aku single, naaahh ayat dia jual minyak urat...Memang bikin rimas! Tapi aku tetap dengan posisi cool aku.  Aku buat rilek aja.  Mau tengok sejauh mana dia boleh bertahan dengan aku yang memang hati batu ni. Heheh.

Tapi orang dia pun memang boleh tahan keras juga la. Ataupun dia tak paham apa yang aku reply tu. Hahaha.  Whatever! Tapi aku bukannya guna ayat-ayat yang ganas juga.  Biasa-biasa jak. Layan jak apa dia cakap. Haha

Cuma sepanjang aku kenal dengan dia ni, aku dapat tau yang aku dengan dia tiada chemistry! Walaupun dia budak Chemical! Wahahahaha

Bukan apa, dia sebenarnya budak baikkkkk. Aku ni yang jahat. Tak boleh terima dia.  Hati aku ni menolak-nolak.  Sampaikan aku seram sejuk kalau tenampak dia. Bukan seram sejuk pasal jatuh cinta, tapi seram sejuk sebab takut kedapatan aku sembunyi dari dia. Hahaha

Tapi itu dululah. Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak udah-udah..Banyak menjak dah ni! Kebelakangan ni dia dah tak lagi kacau aku kat Facebook. Alhamdulillah. Mungkin dia dah faham atau dia dah dengar dari roommate aku yang kunun2 aku ni dah ada boipleng! Hahahaha! Kesian roommate aku. Terpaksa menipu demi aku.  Lagipun dia taknak aku couple dengan budak tu.  Aku pun tak nak sebenarnya. Bukan aku lah kalau bab2 coupling ni. Hehehe

Maaf kawan. Jangan rosakkan hubungan kawan kita dengan ikatan tak halal itu. Aku tak setuju 100%.  Lagipun aku memang tak boleh kalau dengan kau.  Aku pun tak tau kenapa hati ini tak boleh terima orang sebarangan.  Pemilih? Ya, aku memang memilih.  Although I'm not pretty enough! I know who I am.

Bukan apa, aku ni tak mau lah mengundang fitnah orang.  Kesian tau mak bapa aku kalau diorang dengar2 dari orang yang anak perempuan diorang ni keluar dengan lelaki lain.  Dah tu tanpa pengetahuan parent pulak tu.  No no no! I'm not that type of girl!

Haaa, ni lagi satu cerita.  Adalah sorang mamat ni usha2 aku kat Facebook juga. Amboihh, dah takda medium lain ker nak bekenalan? FB juga tempat dia. Orang dia? Hmm, not bad. Kerja? Asst. Film Director. Kira ok lah kan? Tapi masalahnya kalau perangai tu ok tak apa lah juga. Ni tak, kaki ngorat perempuan pula salah satu hobi dia. Aku nak buat apa simpan laki macam ni? Boleh meletup rumah dan tangga aku! Huhuh.

Mamat oh mamat, memang macam ni ka perangai orang seni? Aku dah berapa kali tengok movie engkau. Kadang tu rasa terpengaruh juga aku dengan kawan-kawan aku ni. Diorang suruh ja aku terima kau. Banyak advantages katanya.  Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku tak dapatlah nak paksa-paksa hati aku.  Even kau anak Menteri ka, pelakon ka, penerbit ka, aku rasa aku memang tak dapat.  Maaf sekali lagi.  Aku tau kau akan selalu cari peluang untuk dapatkan aku. (Cewahh, ayat macam orang popular & santekk mengalahkan Miss Universe daaa...Hahaha). Tak guna aku simpan orang yang tak boleh nak setia ni.  Bukan apa, aku rasa tak adillah kalau aku sorang ja yang bermati-matian setia nanti. Tak sanggup tak sanggup! Gulp!

Jadi kepada bakal jodohku nanti, kalau nakkan aku tunggulah aku habiskan dulu belajar.  Aku cuma akan terima orang yang sanggup menunggu aku (tu pun kalau yang aku berkenanlahh...heheh).  Bersabarlah menanti diriku ini.  Bersabarlah tunggu hati yang keras ini mencair.  Jangan risau, kerak nasi pun boleh lembut kalau direndam.  Apatah lagi hati yang pernah luka ni, tak lama untuk dia kembali sembuh kalau kena dengan ubatnya.  Tapi aku tau, someone who deserve to me is waiting for me right now. He's keep on waiting eventhough he knows that he will get older and older when I'm ready enough. Hahaha! Thanks love for being kind to me. (Ayat macam dah ada ja ni...???) Jangan tertipu dengan statement tu ya! I'm still waiting for 'him'.

Tetiba rasa mau karoke lagu Adele - SOMEONE LIKE YOU. Takde kena mengena dengan yang hidup atau mati.  Hahahah :D

Adios amigos!


Wednesday, November 16, 2011

UiTM Di Hatiku !!

Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera kepada semua.....
Cewahhh, macam mau bagi ucapan ja ni..HAHAH

Ermm, okay lah hari ni aku nak cerita sikit pasal universiti kesayangan aku ni..

Haaaaa, inilah dia logo UiTM atau nama penuhnya boleh baca kat atas tu....Hik3x

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun aku kat universiti ni.  Aku pelajar diploma ja, belum degree lagi.  Aku pelajar UiTM cawangan Sarawak.  Bermakna dah 2 tahun juga la aku tinggal kat bumi kenyalang ni.  Best? Boleh tahan, kalau kita pandai enjoy tinggal kat negeri orang. Hehehe


Inilah masjid kami! Namanya Masjid Al-Qarawiyyin. Cantik masjid ni. Tapi agak jauh dari kolej aku. Huhu. & aku ngaku dalam setahun cuma 3 kali ja aku masuk masjid ni.  Betapa kurangnya aku mengambil pahala ke masjid. :(

Well, masjid ni terletak di pintu masuk UiTM Sarawak.  Kalau masuk ja dari gate utama tu, aaaaa sebelah kiri tu dia lah tu...Hehehe.  Kat belakang masjid ni pulak ada FSSR.  Paham2kan ja la maksud dia tu ya. Hihihi.  Lepas tu, sebelah masjid ni juga, ada kemudahan UiTM yang lainnya termasuklah padang, gelanggang badminton, tenis dan macam2 lagi. (Sebenarnya aku tak explore lagi tempat tu. Kahkahkah! Dah 2 tahun tu!)


Inilah dia kolej kediaman kesayangan ku. Tapi gambar ni cuma tayangkan 2 buah blok ja, yang sebelah kiri tu blok 3 dan yang sebelah kanan menghadap bukit tu blok 4 (blok paling jauh di dunia).  Blok aku??? Takde dalam gambar! Hahaha.  Tapi aku pernah tinggal kat dua2 blok tu masa aku Part 1 & 2.


Gambar ini cuma menunjukkan bangunan-bangunan. Hehe.  yang ada dua tingkap ni blok K, dalam blok tu semuanya berkenaan komputer (Lab lerrrr....apa lagi..)  tapi ada dua auditorium juga.  Besaaarrr dan tinggi.....

Yang panjang tu blok B. Blok pensyarah dan kelas.  Aku rela duk kat kelas level bawah sebab aircond. Hehe. Yang selebihnya tu memang berpeluh satu badan laa. Nun di sana yang bulat-bulat tu Pusat Pelajar.  Youth Floor kami panggil.  Best kat sana, ada kolam, library, mocha, kedai SENANG MAJU. Hahaha.  Ada klinik, ATM. Macam-macam ada!!


Inilah dia bumbung Youth Floor!!! Hahaha.  Aku suka tempat ni kalau time hujan. Macam yang dalam gambar tulah yang akan jadi.  Kat bawah dia tu ada kolam.  Yang ada lampu-lampu tu, library kami.  Library yang membulat.  Tapi aku suka lepak kat bawah la sambil tengok-tengok orang lalu-lalang, online, dan semestinya tengok kolam.  (Erkk, pernah ka tgk kolam tu? Hahaha) Tapi yang pasti, kalau time hujan, memang tempiasssss......

So, setakat ni itu sahaja yang mampu aku cerita tentang universiti ni.  Lain kali aku cerita la lagi k.  Penat dah jari menaip.  Tak lama lagi makin penat la jari-jemariku ini.  Huhu

See you again guys!

Saturday, October 1, 2011

Malam yang sepi

Malam yg sepipipi, pak man jual topipipi...HAHAHA

Malam ini sudah masuk malam ketiga aku bemalam di siiiiiini rumah kak dayah....ada si eqah kan, kasi hibur2 dulu hati dia ni.......konooonnnn!!! hahahaks

Mula2 aku rasa tiada cerita jak mau share ni malam, last2 aku tenampak la fb seseorang ni........Kenapa la hati aku panazzzzz bila tengok fb dia ahh? Rasa macam mau terjang jak orang tu.......HAHAHA (Ketawa evil).  Aku bukan apa lah, teringat janji-janji yg dulu pernah diungkap......ceeewwwaahh...CIS!! Berani kau berpaling tadah dari ku.....Aku summmmm karangg...JAGA! Hehe

Gambar dgn dia punya tetttt macam sudah kawin jak, padahal belum......bukan apa la sayang oi, takut2 nanti time sekarang ni jak ko BAHAGIA.....dah kawin nanti, kalau MERANA jangan cari aku okehhhh!!! Lu memang bikin wa panazzz bro.......(Haih la hati, banyakkan bersabar di bulan Zulkaedah ni)

Mentang2 la kan, aku ni tiada pasangan macam dia.....Ko siaapppp! Nanti aku cari yg lebih hebat dari ko.....ERrrk, mana aku mau cari tu??? Haha....Tak pa, aku tunggu jak JODOH DARI ALLAH....(Tebawa2 movie syurga cinta tadi.....Hehe). Aku yakin punya la aku akan dapat yg lagi baik dari tettttt.........(Mode over konfiden)

Ok lah, babai kawan......Tiada lagi benda aku mau crita...Hehehe, see you again.......