Tiba2 terasa nak coretkan sesuatu disini malam ni....
Aku tak tau kenapa setiap hari aku perlu berhadapan dengan persoalan yg sama.. (setiap hari? menipu jak..haha) ... aku sendiri pun tak paham la kenapa perlu tanya kat aku soalan macam tu...balik2 aku akan ditanya dengan soalan yg berbunyi gini:
"Single ke?"
"Dah ada boipren ke?"
"Apsal tak da boipren lagi? Memilih sangat kott?"
Heyy!! Does it necessary to have a boyfriend??? (Haha...emosi yg terlebih sudah!)
Well, utk tidak mengecikkan hati org yg dah sedia kecik tu, aku sedaya upaya la mengatur ayat sopan sebagai jawapan kepada persoalan2 itu tadi..(cewahhhh!!)
Jawapan:
"Ha'ah, masih single..belum double triple lagi..."
"Boyfriend setakat ni belum ada.."
"Saya masih muda, perjalanan masih jauh..Bukan bermaksud saya ni memilih sangat.."
AmacAm??? Sopan tak jawapan aku? HAHHAHA...kiranya itu antara ayat2 sopan aku utk menjawab pertanyaan org....
Tapi, sebenarnya dalam hati aku ni, aku nak jawab gini ----->
"Yup, still SINGLE...ada masalah ke dengan status aku???"
"I don't need a boyfriend. Hati sendiri tak terjaga, ada hati mau jaga hati org lain...I'll laughing to myself!"
"Memang aku memilih! Takkanlah aku nak rembat je mana2 lelaki yg mau dengan aku? Kang dpt yg makan batu, tak ke susah keluar masuk mahkamah deal dengan kakak aku??"
Hahahaha!!! Gila kan jawapan tu....Tapi itulah yg sebenarnya aku nak cakap kalo org tanya, tapi tak sampai hati........heheheh
Aku sendiri pun tak tau lah, tapi aku bersyukur dengan takdir Allah yg tidak mengurniakan aku perasaan buat mana2 lelaki sekarang...Aku nak fokus pada pelajaran aku nih...Bukan senang beb nak maintainkan pointer...Susah wa cakap lu! haha...Tapi takde lah sampai bermaksud aku ni taknak ada perhubungan tu....tipu lah kan...hehe...tapi bukan masa ni lah, masih terlalu awal utk ke arah perhubungan tu lah....eh, jangan silap juga! aku bukan LES**** tau....hahahhaha...I'm normal! Cuma sekarang ni belum jumpa lagi someone yang boleh membuatkan hati aku ni berdebar-debar...keh3x...Aku berharap agar dapat bertemu dengan lelaki yg boleh mengimamkan solatku nanti....Amin~
p/s :: Mungkin dulu aku pernah terlalu kecewa jadi, tu la pasal tak terfikir lagi buat masa sekarang ni utk bercintan cintun....hehe....Chawww!!!
Thursday, June 23, 2011
Friday, May 20, 2011
Bagaimana dengan DIA??
Lumrah bagi kita seorang manusia biasa melebihkan sesuatu di antara sesuatu yang lain. Contohnya, seorang lelaki yang melebihkan isterinya, seorang wanita yang melebihkan sahabatnya juga seperti seorang kekasih melebihi kekasihnya lebih daripada perkara lain. Namun, dimanakah kita ingin meletakkan DIA yang sentiasa setia dengan kita selama ini? Bagaimana dengan DIA? Saya sendiri tidak terkecuali daripada fitrah manusia ini.
DIA mengasihi saya sejak saya masih belum bernyawa, malah terus mengasihi sehingga nyawa saya dicabut semula. Malah beterusan sehingga dimasuk dan dicabut untuk kali kedua. DIA Al-Rahman, Al-Rahim.
DIA yang ternyata lebih dekat kepada saya berbanding urat tengkuk saya. Sentiasa bersama saya samada ketika saya tidur mahupun jaga.
DIA juga yang menyembuhkan saya ketika saya sakit. Memberi saya makan sewaktu saya lapar. Memberi saya minum ketika saya dahaga.
DIA yang tidak penah lekang perhatiannya kepada saya, malah mengirimkan pula malaikatnya untuk menjaga saya setiap masa.
DIA yang telah menunaikan segala permintaan saya dan sentiasa rindu untuk mendengar rintihan dan cerita saya, terutama di sepertiga malam.
DIA yang telah memberikan saya makan, minum, pakai, sihat dan rezeki. DIA tidak pernah meminta saya membalas segala pemberianNya yang tidak ternilai harganya. Sebiji mata saya tidak akan terbayar dengan emas seisi dunia.
Dan saya, tidak pernah merinduiNya. Tidak pula pernah mengasihiNya. Waktu temujanji kami lima kali setiap hari selalu saya mungkiri. Kami hanya bertemu pada hujung waktu. Tapi, DIA tetap mengasihi saya.
Saya selalu melakukan kesilapan dan dosa terhadap DIA. Malah, jarang pula sedar akan kesilapan saya dan kalau tersedar, jarang pula untuk saya meminta maaf dan ampun. Kalaupun ada saya meminta ampun dan maaf, air mata saya tidak mengalir.
"Ya Allah, sesungguhnya aku amat berdosa padaMU. Namun kesudianMu untuk mengampuniku tidak pernah padam. Aku ingin kembali kepadaMu dengan hati suci, sepersia hati Ibrahim."
Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban Dengan Dunia...
Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan.
Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT?
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...
Sumber : www.iluvislam.com
Subscribe to:
Posts (Atom)